Friday, 22 August 2014

Malaysia Berkabung - MH17

Malaysia Berkabung - MH17



Tanggal 22 Ogos 2014, Jumaat diistiharkan hari berkabung bagi menghormati hari pengebumian mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat udara Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di Ukraine, Rusia pada 17 Julai 2014.

Jenazah  selamat sampai dan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.  Suasana sepanjang hari ini juga redup mengiringi pemergian mereka.

Ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian..Kehilangan suami...isteri.....ibu..ayah..
Kuatkan hati dan teguhkan semangat kerana Allah sentiasa ada bersama kalian...

Memang tersentuh hati melihat sepanjang upacara pengebumian mangsa.
Ya ALLAH..kuatkanlah hati..iman..fizikal dan mental mereka ya ALLAH...
Disaat itu,terdetik juga dalam hati moga kesudahan kami nanti dalam keadaan husnul khotimah..
Janganlah uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami terdaya..
Ampunilah dosa kami,suami kami, kedua ibu bapa kami, saudara mara kami..Wahai Allah..Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..Amin...

Sama-sama juga kita doakan semoga roh Allahyarham/ Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan sentiasa dibawah lindungannya..Amin.....
Al-Fatihah....

#prayforMH17
#malaysiaberkabung



Post a Comment