Tuesday, 14 October 2014

Resepi Kailan Ikan Masin Simple Tapi Sedap

Resepi Kailan Ikan Masin Simple Tapi Sedap


Bila balik dari kerja jer, mula la check in sebagai 'chef' pulak..
Bila jadi 'chef' ni, hari-hari asyik pikir nak masak apa la hari ni untuk en suami..

Teringat kailan yang sangat segar beli kat NSK hari ahad lepas..
Jadi, jom ke dapur.....ni lah resepi kailan ikan masin yang sangat simple tapi sedap....

Resepi Kailan Ikan Masin Paling Simple dan Sedap

Bahan-bahannya..

1 ekor ikan masin (dibersihkan dan dipotong dadu)
5 batang sayur kailan (asingkan batang dan daunnya)
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
1  sudu sos tiram
1/4 cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya..

1. Panaskan minyak dan sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong dadu 
digoreng terlebih dahulu sehingga garing
2. Kemudian, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili merah
3. Kacau dan tuang sos tiram
4. Masukkan batang sayur terlebih dahulu gaul dan tuang air
5. Bila batangnnya dah lembut sikit, masukkan daunnya pula...
 Kacau hingga layu sikit jer..
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Tara..simple kan..sebab saya memang suka masak..
tapi saya suka masak masakan yang simple tapi sedap...

Selamat mencuba..
Confirm suka...


Post a Comment