Tuesday, 28 April 2015

Keracunan Makanan - Sakit macam ni rupanya.....Aduh!!! Sakitnya ku disini...

Keracunan Makanan - Sakit macam ni rupanya.....Aduh!!! Sakitnya ku disini...

Dah hampir seminggu lebih juga la tak ber 'blogger' ni..
Lepas-lepas balik dari Naziran di Kelantan dan Terengganu, terus hadir ke Majlis Anugerah Diamond Night dan sambung kerja hakiki kat office sampai ke malam dan hasilnya, Khamis, jumaat, MC ok...Balik dari office malam tu kena cirit birit, pagi khamis tu dah minum garam buluh.Tapi, kena pergi klinik jugak untuk dapatkan MC..

Mula-mula tu nak pergi klinik yang boleh bagi MC jer sebab rasanya dengan produk syarikat ni boleh merawat sakit perut yang rasa-rasanya macam gastrik je tu. Tapi tak berani la pulak nak minta MC jer..Layankan apa Doktor Mediveron di Setiawangsa tu tanya. dia check perut, dan tekan-tekan. Masih terasa sakit jugak tapi fikir yang baik-baik je. Lepas ni dapat MC nak sambung tidur gantikan balik tidur yang terganggu malam tadi. 

Mulut yang ramah ni pun bertanya, "saya ni gastrik ke doctor?"
Doktor cakap " bukan gastrik, macam keracunan makanan juga la"

Erm, tak kisah la. yang penting dapat MC. Dan inilah MC pertama dalam tahun ni. Tak pernah lagi MC dan memang tak suka MC. Ingat lagi tau, dah 9 tahun bekerja baru dapat MC. Sebelum ni kalau sakit redah jer, datang jer, buat jer kerja. Mungkin sebab tu la cepat je dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kot...dan dah 2 kali jadi pekerja terbaik bulanan kat Jabatan 
(puji diri sendiri nampak,hihihi)

Berbalik pada cerita kat klinik tadi, lepas check up tu dapat ubat...subhanallah..banyaknya ubat...macam sakit kritikal je nampak gayanyer..Ubat angin, ubat sakit perut, ubat garam dan ubat cirit-birit..total rm71..Seperti kebiasaan En Suami yang bayar....best ada bankers ni tau....siap belikan makanan dan hantar balik sampai dalam bilik, dia turun semula sambung kerja kat office.

 hasil tangkapan dari klinik..macam-macam warna ada...gula-gula

Sampai je terus capai tuala sebab perut memang dah ber tsunami betul gayanya. Berlari ke  tandas sebab perut memang memulas-memulas, ditarik-tarik usus kat perut tu. Macam nak 'krem' perut kita tau.... Sampai lembik duduk atas katil dengan tuala basah tu...fuuuuuuhhhh...terus ambil ubat dan makan dengan harapan cepatlah sembuh. Lepas makan ubat tu, penyakit lain pulak yang datang. Rasa pening, mual nak termuntah semua ada. Bangun, duduk, pejam mata suruh tidur dah tak keruan akhirnya muntah jugak. Ya Allah, sakitnya rasa. Telefon suami dan dia balik dari office dia tolong urutkan kepala, perut dan badan.

Selama 3 hari 3 malam juga la memang tak boleh angkat kepala langsung. Bila angkat kepala je pening dan nak termuntah. Cirit birit tak payah cakap la. Minum air pun keluar cair jernih macam tu jugak. Yang tak tahan tu lepas cirit birit tu jadi lapar sangat tapi bila nak makan tekak tak boleh nak terima. Bau makanan pun rasa macam dah loya. Sampai doktor tu cakap pregnant kot. Tapi bila buat test UPT tak pregnant pun. Lagipun memang baru je period sabtu minggu lepas.ha2

Selama 3/4 hari ni suami memang sabar melayan. carikan semua makanan kegemaran tapi semua tak boleh makan. Paksa juga makan apa yang dia suapkan dalam 3 hingga 4 suap tapi semua keluar balik. Suami yang tolong picitkan kepala, sapukan minyak, bersihkan kotoran sisa muntah, berulang alik ke klinik, pergi kedai cari macam-macam ubat. Sebab saya rasa memang tak boleh makan ubat dari klinik. Jadi pedih ulu hati. Jadi saya minta suami belikan ubat yang memang saya makan sejak kecil dulu mak selalu bagi kalau sakit perut..pil ACTAL..Tapi tu pun beli semalam setelah pening berfikir kenapalah pedih sangat hulu hati ni. Suami yang baru balik jumpa customer kat Putrajaya terus ke kedai belikan ubat tu. Thanks Abang Sayang. Love you till jannah..muuuahhh...

Hari Ahad ulang ke klinik semula. Masih sakit perut dan jadi pedih hulu hati jugak. Doktor bagi lagi bekal..Nah, amek kau....Dia suruh datang lagi isnin untuk ambil MC kalau masih sakit lagi.

 
Pagi Isnin datang semula klinik untuk sambung MC. Tapi Doktor yang selalu rawat tu tak bertugas. Ganti doktor lain. Dari datang untuk MC dapat lagi bekalan baru, tu dia ada 3 jenis ubat lagi tapi malas dah nak snap. Penat dah layan.

Tapi kesan keracunan makanan ni memang lama la sebab sampai harini masuk hari ke lima masih terasa sakit perut tu dan MC lagi. Aduhai, badan dah mula sakit dan dah mula bosan baring dan duduk rumah jer. Dah mula nak merayap pulak. Suami pun dah mula sambung kerja. 

Mata ni bila dah boleh pandang handphone atau tab, mulalah meng 'google....ada artikel cakap elok juga minum yogurt untuk bantu rawat keracunan makanan ni. Petang ni order dekat en suami sebelum dia travel ke Kuantan esok..tak puas nak manja-manja kena tinggal lagi..
Nampaknya sihat ke tak sihat esok memang kena pergi jugak kerja....

Moga kesakitan ni takkan berulang lagi. Serik dah. 
Korang jaga makan tau...jangan sampai jadi macam ni...




Post a Comment