Saturday, 7 November 2015

Mustafa Cendol - Tempat Makan Sedap di Kuantan

Mustafa Cendol - Tempat Makan Sedap di Kuantan

Sejak en Suami duduk di Kuantan, inilah pertama kali akak bercuti hujung minggu disana. Gerak dari KL jam 6.00 petang sampai bandar Kuantan jam 9.00 malam. Letih juga travel ni rupanya. Terlintas pulak rasa kasihan pada en suami yang tiap-tiap minggu berulang-alik ke KL.

Rumah sewa dia, masyaALLAH sikit punya besar. Memang puas hati la bagi akak yang dah biasa duduk apartment kat KL tiba-tiba dapat sebiji rumah teres dengan kadar sewa RM600 jer sebulan. kat KL mana nak dapat dik oiii. Siap ada garaj untuk parking 2 biji kereta lagi. Fuhh!!!


Hari pertama sampai memang dah malam. Sebab penat sangat memang tak makan la jawabnya. Terus tidur sampai ke pagi. Esoknya baru la mula berjalan-jalan ke bandar Kuantan. Sempat la google tempat menarik di Kuantan. Kuantan Mall, Kuantan Parade, Benteng.

Dah letih berpusing, perut pun mula bernyanyi lapar. Sebab husband pun memang tak pernah weekend duduk di Kuantan, jadi nak cari tempat makan tu agak sukar skit. Terpaksa cari en google. Cari punya cari, ternampak kedai Cendol. Isi perut dengan nasi dulu. Lepas tu petang sikit keluar minum di Mustafa Cendol.

Buat pertama kali cuba ABC Cendol dia, memang sedap sangat-sangat. tak pernah makan cendol sesedap tu. Ada kacang, jagung, dan harganya pun murah tau!!!

Ni ABC Cendol tu. Memang Sedap

Ada Rojak jugak


Set Kami..

Ini kami...

Punyalah sedap sampaikan hari Ahad tu sebelum balik KL sempat makan lagi kat sini. Sempat bergambar kenangan depan kedai Mustafa Cendol. 

Hari Sabtu..


Hari Ahad..

Jadi, korang mesti datang sini tau. Memang sedap cendol dia. Harga pun murah dan sedap.

Murah kan??

 
 Selamat mencuba korang...
Post a Comment