Monday, 5 February 2018

Premium Beautiful Expert : Master Your Sales 2018

Premium Beautiful Expert : Master Your Sales 2018


Alhamdulillah, pembukaan tahun 2018 yang menyeronokkan bilamana dapat hadiri Seminar Khas untuk usahawan Premium Beautiful meningkatkan pengetahuan dalam menguasai perniagaan melalui sosial media. Kali ini kak kin bersama kumpulan berpeluang menerokai lebih mendalam cara memperluaskan perniagaan melalui medium paling pantas dan berkesan iaitu BLOG a.k.a PAKCIK GOOGLE.

Tema Diraja : Gold, Kuning, Putih


Sampaikan botol air, beg pun warna kuning

Seminar diadakan di Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam dihadiri oleh lebih 30 orang dari Premium Beautiful Expert seluruh Malaysia pada sabtu yang lalu. 



Yang menyeronokkan dan mengujakan bila program kali ini dikelolakan oleh abang MASKULIN. Dari emce nyer, Tuan Halmie Abdul Hamid. 
Speaker tentang produk Premium Beautiful oleh DSM Paidi Mohd Hassan. 
Dan Speaker tentang cara buka pasaran ilmu blogger dari Tuan Hafiez.

Alhamdulillah, En suami yang dulu nya hanya melihat isteri mereka buat bussiness, tolong hantar isteri ke kelas, teman ke kelas kini dah jadi TULANG BELAKANG untuk isteri mereka menjadi Premium Beautiful Expert bila mereka faham hala tuju perniagaan ini. Yela kan, siapa taknak bila jual satu korset je pun income dah boleh cover gaji separuh bulan makan gaji. 4 angka conmfirm dalam tangan.

Konsepnya senang jer. Bila buat apa mentor buat, pasti kejayaan MUDAH milik kita.



Kak kin pinjam i-pad budak bulat ni. Terima kasih Faarish bagi Umi pinjam i-pad awak. Tak ber ' Omar Dan Hana' la awak hari tu kan.

Seminar di mulakan dengan menyanyikan lagu semangat kebanggan SHOM iaitu Hai-O perjuanganku version baru. Kak Kin dan barisan DSM lain membantu CDM Salleha Roslan jadi instructor menyanyi sambil bergoyang lagu kebangsaan kami ni. 

Bila nyanyi lagu ni teringat peristiwa tahun lepas. Masa kak kin mengandungkan Faarish beriya sangat kot menari sampai balik dari kelas malam tu terus terbersalin ketika kandungan baru 36 minggu 6 hari. kebetulan je tu sebenarnya. Dah memang Faarish tak sabar nak jumpa Umi Abi dia.

Semangat kan hakak ber zumba sambil menyanyi riang ria.







Emce kita bukan calang-calang orang tau. Sama hebat macam isteri beliau juga CDM Salleha Roslan. Siapa lagi kalau bukan Tuan Halmie Hamid. Dalam masa jadi emce, beliau mengetuai bacaan doa dan jadi abang kameraman sekali. Hebat kan.





Seterusnya, perkongsian ilmu tentang produk hebat pilihan nombor 1 dunia iaitu baju dalam ajaib Premium Beautiful korset. Nama baju dalam tu, mesti anda biasa dengar kan. Tapi bila yang bercerita tentang baju dalam ni dari golongan lelaki itu tak biasa dengar. Kini, bukan lagi pelik bila semakin ramai yang menceburkan diri dalam perniagaan produk kesihatan sebegini.Speaker yang dimaksudkan adalah DSM Paidi Hassan. Dan kalau uols nak tau, DSM Paidi Hassan ni full time jual korset ajaib ni jer.


Memang banyak ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan dari DSM Paidi Hassan dan membantu lebih ramai usahawan Premium Beautiful meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing.

Nak berjaya dalam perniagaan kena ada ilmu. Ilmu produk, ilmu buka pasaran. selepas mempelajari ilmu produk kini masa yang ditunggu oleh kak kin untuk mempelajari ilmu buka pasaran dan niat nak kembangkan perniagaan ni ke serata dunia. Sebab produk Premium Beautiful ni memang banyak sangat manfaatnya pada kaum wanita. Sebelum ni kak kin banyak juga belajar ilmu blog ni dari mentor kak kin iaitu CDM Salleha Roslan dan alhamdulillah ramai juga customer dari luar negara seperi Indonesia, brunei dan Singapore hubungi kak kin untuk dapatkan produk SHOM dengan harga yang berpatutan.




Kali ni ilmu menguasai dunia melalui blog disampaikan oleh Tuan Hafiez suami kepaa DSM Norharyani Sidek. Kagum dengan pasangan suami inetri hebat ni. Beliau bukan calang-calang orang tau. Suami isteri executive di sebuah syarikat ternama dan income tetap 5 angka setiap bulan. Tapi sangat komited dengan kerja dan masih bersungguh-sungguh buat bussiness bersama SHOM ni. Kalau nak kata duit tu, bukan alasan utama untuk mereka menceburkan diri dalam bussiness ni tapi ada sesuatu yang mereka inginkan iaitu KEBEBASAN MASA untuk bersama keluarga. InshaALLAH, semoga niat mereka dikabulkan secepat mungkin.


Terima kasih Tuan Hafiez. 
InshaALLAH, dengan ilmu yang ada ni kak kin akan membantu rakan kongsi kak kin juga untuk mengembangkan perniagaan mereka macamana mentor kak kin ajarkan pada kak kin dulu. Seronok dengan bussiness copy and paste ni yang bukan fikirkan diri sendiri jer, tapi banyak membantu orang lain juga.  



Fokus sangat tu. Banyak ilmu yang dah dapat kena buat cepat-cepat. Jangan sampai ketinggalan.

Untuk anda yang masih mencari-cari peluang pekerjaan secara sampingan atau inginkan pendapatan lumayan dengan masa yang fleksibel bersama keluarga, boleh la kak kin kongsikan ilmu kedai online yang kak kin pelajari tempohari. Berkongsi peluang dan rezeki dengan yang sudi. Serius, kak kin pernah capai sales RM16k sebulan hanya dengan penggunaan blog ni je tau.

Pernah dengar tak kata pepatah, ' hujung pisau asah hari-hari lama-lama tajam juga kan". Macam tu juga kita. Hari-hari belajar, buat, inshaALLAH tajam sasarannya dan tepat hasilnya.

Sama macam Ika, rakan seperjuangan kak kin yang berkongsi pengalaman beliau mencapai sales 4 angka secara MUDAH jer melalui blog yang diselenggarakan mengikut panduan dari mentor. Customer minta details produk dan tanya harga terus bank in payment 4 angka dan sales terkumpul beliau bersama kumpulan hampir mencecah RM180k. Tahniah IKA.



Rasa tak lengkap bila tak dengar suara emas dari mentor kesayangan kak kin CDM Salleha Roslan. Kak kin tak tau lah kan. Dah kemaruk cinta agaknya dengan kak sal ni. Kak kin rasa setiap kata beliau, setiap ayat beliau tulis dalam blog, dalam facebook tu semuanya adalah MUTIARA. Semuanya ilmu yang sangat berguna buat kak kin. Ye lah kan, dari kak kin ZERO sampai hampir 5 tahun bersama bussiness Premium Beautiful ni, beliau lah yang memegang erat memegang, mentatih dan mengajar kak kin berjalan dan berlari. Sayang Kak Sal ketat-ketat.





Sebelum pulang, aktiviti wajib kami, bergambar kenangan bersama MENTOR kesayangan CDM SALLEHA ROSLAN, dan rakan-rakan seperjuangan.







Alhamdulillah, tak sabar pulak kak kin nak berkumpul beramai-ramai  macam ni lagi pada 24 Februari ni nanti. Kali ni seminar bersama Jutawan Hebat kami CDM Haji Azlan Deraman dan isteri beliau ratu Shake Me. Ala, sis yang hilang 46 kg dalam masa 8 bulan tu.

Awak yang nak kurus
Awak yang nak jana income
Awak nak belajar berniaga
Awak nak bercuti FREE ke SWISS
Awak nak bercuti FREE ke France
Awak contact kak kin tau


#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert
#PremiumBeautifulMurahKeramat





Post a Comment