Friday, 17 September 2021

RESEPI BISKUT KURMA BAYI LEMBUT DAN GARING

RAHSIA BISKUT KURMA BAYI LEMBUT DAN RANGUP.

Resepi Biskut kurma untuk bayi, tanpa gula dan garam.

Bahan-bahannya.

1/2 unsalted butter
13 biji kurma dijadikan puree
1 cawan unbleached flour
1 cawan tepung jagung 

Tips untuk jadikan biskut tu rangup
1-Pastikan butter cair sendiri
2-Jangan tambah air pada puree dan adunan tepung
3-Kuantiti tepung gandum dan tepung jagung mestilah sama.

Cara membuatnya 

1. Gaulkan unsalted butter dengan puree hingga sebati

2. Masukkan tepung gandum dan teoung jagung ,

3. Uli sehingga doh tak melekat di tangan.

4. Canai, terap atau boleh buat bentuk ikut suka.

5. Bakar, kak kin tak ada oven. Guna Air Fryer Phipis jer, suhu 140 selama 20minit.

6. Siap untuk dimakan.


Bukan anak je suka, mak pun makan sekali. Minggu ni dah 3 kali buat sebab mak bantu makan sekali. 3 hari je dah habis stok tu.

Selamat Mencuba.

No comments: